Saturday, December 11, 2010

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta Sejarah)

Tolong Sebarkan Perkara Ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) Kepada Kawan Kawan Kita Supaya Kita Semua Dapat Kesedaran Di Sebalik Sejarah Yang Sengaja Tak Didedah Disebabkan Agenda Tertentu.. Semoga Dari Pendedahan Ini Kita Mengambil Iktibar Betapa Ketuanan Melayu Disanggah Selama Ini.....

1508: Alfonso De Al Buqurque Menyampaikan Hasratnya Kepada Raja Portugis Untuk Meluaskan Pegaruhnya Ke Asia Tenggara ( Melaka Pusat Perdagangan Asia Tenggara Ketika Itu) Dan Juga Laluan Penting Perdagangan Timur Barat. Raja Portugis Bersetuju Untuk Menyediakan Kemudahan Bala Tentera 158 Buah Kapal, 15300 ( Anggaran) Bala Tentera

1509: Portugis Menghantar Perisik Ke Melaka Untuk Mengetahui Keadaan Kekuatan Pertahanan Disana

Oct 1511: Alfonso Berjaya Menawan Melaka Setelah Berhempas Pulas Melawan 5 Pahlawan Melayu Terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) Ini Adalah Mimpi Ngeri Bagi Pihak Alfonso, Untuk Menawan Melaka Serta Berlawan Dengan 5 Hang Bersaudara, Mereka Perlu Mendapat Askar Tambahan Setelah 15k Askarnya Terkorban Dalam Pertempuran Selama 6 Hari Itu Dengan 5 Hang Bersudara..Akhirnya Dapat Juga Menawan Melaka Setelah Hampir Kecewa Dan Putus Asa...

1512: Setahun 12 Bulan Kemudian Alfonso Ingin Meluaskan Kekuasaannya Ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, Yang Ketika Itu Adalah Pusat Pegeluaran Tebu Untuk Gula Rantau Ini,...

Feb 1512:Alfonso Menghantar Perisik Ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang Untuk Mengetahui Kekuatan Bala Tentera Di Sana Mengikut Sejarah, Perisiknya Telah Ke Kedai Kopi Sekitar Untuk Mendapat Segala Maklumat Yang Diperlukan.. .

Seminggu Selepas

FEB 1512, Perisik Balik Ke Melaka Untuk Memberitakan Hasil Risikan Kepada Alfonso. Di Bawah Adalah Perbualan Percakapan Antara Perisik Dengan Alfonso Yang Selama Ini Cuba Disembunyikan Dalam Buku Sejarah

Perisik 1.2.3:
Selamat Pagi Tuan (Sambil Bertabik)
Alfonso:
Selamat Pagi
Perisik 1:
Begini Lah Tuan, Lupakan Saja Niat Tuan Untuk Menawa Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
Alfonso:
Kenapa Kuat Sangat Kah Mereka Itu..? ( Dengan Nada Marah Dan Bongkak)
Perisik 2:
Untuk Menawan Melaka Yang Mempunyai 5 Pahlawan Terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu Pun Kita Kehilangan Hampir 15k Bala Tentera, Inikan Pula Kita Nak Menawan Perlis, Kedah Dan P.Pinang Yang Mempunyai Beribu Ribu Hang..
Perisik 3:
Betoi Tu Tuan...Antaranya

Hang Sihat, Hang Buat Apa, Hang Apa Khabar, Hang Lagu Mana, Hang Pi Mana, Hang Nak Pi Mana, Hang Kat Mana, Hang Singgah Dulu, Bapak Hang, Mak Hang, Adik Hang, Tok Hang Dan Macam Macam Lagi Hang Ada Kat Sana.....
Mendengar Hasil Risikan Itu Alfonso Pun Tak Jadi Nak Pi Serang Disebabkan Pengalamannya Sebelum Ini Bersama 5 Pahlawan Melayu Melaka Amat Ngeri....... Ini Kan Pula Nak Berhadapan Beribu Ribu Hang Kat Situ.

Tersiratnya Aduh Saleha,Kini Baru Kusedar Hebatnya Kuasa Kata-Kata

Lagu : Aduh Saleha / Penyanyi : Mawi
Komposer : M. Nasir / Penulis Lirik : Rosli Khamis

ADUH SALEHA
// Rintihan Ku Kepada Orang-Orang Yang Soleh Dan Solehah

Mana Rayuanku Hendak Ku Sampaikan
// Bagaimana Mungkin Ku Hendak Sampaikan Kata-Kata Nasihat
Rindu Berahiku Pada Kasih Yang Jauh
// Aku Amat Mendambakan Kasih Tuhan Tetapi Aku Masih Jauh Dari-Nya
Jauh Bukan Jarak Dan Tempat
// Bukan Jauh Jarak Atau Di Mana Aku Berada
Jauh Nama Dan Pangkat
// Tapi Jauh Dari Segi Amalan Ku Dan Kedudukanku Di Sisi-Nya
Mana Penggantimu Hendak Ku Dakapkan
// Di Mana Aku Hendak Mencari Penggantimu Untuk Ku Bergantung
Dendam Asmaraku Pada Cinta Yang Luruh
// Aku Inginkan Cinta Yang Menyerahkan Sepenuh Jiwa Dan Jasad
Luruh Bukan Daun Dan Bunga
// Bukan Menyerahkan Harta Dan Wang Ringgit
Luruh Jiwa Dan Badan
// Tetapi Menyerahkan Seluruh Jiwa Dan Jasad
Bertahun Ku Sandar Percaya
// Sudah Lama Kita Menjadi Seorang Muslim Dan Mengamalkan Suruhan-Nya
(Adakah Ia Hanya Disandar Bukan Dikandar?)
Tak Mungkin Padam Cahaya
// Dan Kasih Dan Cinta Tuhan Tidak Akan Terhenti Terhadap Hamba-Nya
Cintamu Bagai Rembulan
// Kasih Sayang Para Solihin Dan Solehah Sesama Mukmin Sentiasa Terpancar Dan Ada
Hilang Dipandangan Kala Langit Dilindung Awan
// Namun, Kekadang Terlindung Juga Apabila Ada Yang Menghalang (Atau Kita Sendiri Yang Tidak Mahu Menerima)
Aduh Mahkota Terhempas
// Kekuasaan Kita Sebenarnya Hampir Musnah, Raja-Raja Hilang Kuasa, Maruah Anak-Anak Bangsa Tiada
(Zina, Maksiat Dan Hedoisme Berleluasa)
Barulah Ku Sedar, Yang Ku Sangkakan Intan Oh Hanyalah Kaca
// Barulah Kita Perasan Apa Yang Kita Sangkakan Baik Selama Ini Adalah Sebaliknya

Sesudah Berdarah Barulah Ku Sedar
// Apabila Mengalaminya Sendiri Dan Mendapat Bala/Musibah Baru Kita Tersedar Dari Angan
Jiwa Ku Tercalar Ohhh.. Sakitnya Bukan Kepalang
// Akhirnya Jiwa Kita Tersiksa Dan Hati Semakin Gelap Tanpa Pedoman

Kau Biarkan Aku Sendiri Menderita Susah - Nasib Hidupku Saliha
// Orang-Orang Yang Soleh Dan Solehah Semakin Jauh Dari Kita (Kita Yang Menjadikanya Begitu, Bukan ?)
    Hidup Kita Susah (Jiwa Yang Muflis) Walaupun Senang (Harta Bertimbun Tanpa Berkat)
Kau Biarkan Aku Sendiri Melewati Sepi - Dalam Hidupku Saliha
// Kita Sudah Kesepian Kerana Meninggalkan Nasihat Dan Kata-Kata Orang-Orang Yang Soleh
Kau Biarkan Aku Sendiri Meratapi Nasib - Dalam Derita Saliha
// Akhirnya Kita Terpaksa Meratapi Nasib Kita Yang Penuh Derita Buatan Kita Sendiri
Ohh......... Saliha
// Tolonglah Aku Orang-Orang Yang Soleh

KELUASAN API NERAKA

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT Selesai Menciptakan Jibrail As Dengan Bentuk Yang Cantik, Dan
Allah Menciptakan Pula Baginya 600 Sayap Yang Panjang , Sayap Itu Antara
Timur Dan Barat (Ada Pendapat Lain Menyatakan 124, 000 Sayap). Setelah Itu
Jibrail As Memandang Dirinya Sendiri Dan Berkata:

"Wahai Tuhanku, Adakah Engkau Menciptakan Makhluk Yang Lebih Baik
Daripada Aku?."

Lalu Allah Swt Berfirman Yang Bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail As Berdiri Serta Solat Dua Rakaat Kerana Syukur Kepada
Allah Swt. Dan Tiap-Tiap Rakaat Itu Lamanya 20,000 Tahun.

Setelah Selesai Jibrail As Solat, Maka Allah SWT Berfirman Yang
Bermaksud. "Wahai Jibrail, Kamu Telah Menyembah Aku Dengan Ibadah Yang
Bersungguh-Sungguh, Dan Tidak Ada Seorang Pun Yang Menyembah Kepadaku
Seperti Ibadat Kamu, Akan Tet Api Di Akhir Zaman Nanti Akan Datang Seorang Nabi
Yang Mulia Yang Paling Aku Cintai, Namanya Muhammad.' Dia Mempunyai Umat
Yang Lemah Dan Sentiasa Berdosa, Sekiranya Mereka Itu Mengerjakan Solat Dua
Rakaat Yang Hanya Sebentar Sahaja, Dan Mereka Dalam Keadaan Lupa Serta Serba
Kurang, Fikiran Mereka Melayang Bermacam-Macam Dan Dosa Mereka Pun
Besar Juga. Maka Demi Kemuliaann Ku Dan Ketinggianku, Sesungguhnya Solat
Mereka Itu Aku Lebih Sukai Dari Solatmu Itu. Kerana Mereka Mengerjakan Solat
Atas Perintahku, Sedangkan Kamu Mengerjakan Solat Bukan Atas Perintahku."

Kemudian Jibrail As Berkata: "Ya Tuhanku, Apakah Yang Engkau Hadiahkan
Kepada Mereka Sebagai Imbalan Ibadat Mereka?"

Lalu Allah Berfirman Yang Bermaksud. "Ya Jibrail, Akan Aku Berikan
Syurga Ma'waa Sebagai Tempat Tinggal..."

Kemudian Jibrail As Meminta I Zin Kepada Allah Untuk Melihat Syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail As Mendapat Izi N Dari Allah SWT Maka Pergilah
Jibrail  As Dengan Mengembangkan Sayapnya Dan
Terbang, Setiap Dia Mengembangkan Dua Sayapnya Dia Boleh Menempuh Jarak
Perjalanan 3000 Tahun, Terbanglah Malaikat Jibrail As Selama 300 Tahun Sehingga
Ia Merasa Letih Dan Lemah Dan Akhirnya Dia Turun Singgah Berteduh Di Bawah
Bayangan Sebuah Pohon Dan Dia Sujud Kepada Allah SWT Lalu Ia Berkata Dalam
Sujud:

"Ya Tuhanku Apakah Sudah Aku Menempuh Jarak Perjalanan Setengahnya, Atau
Sepertiganya, Atau Seperempatnya? "
Kemudian Allah Swt Berfirman Yang Bermaksud. "Wahai Jibrail, Kalau Kamu
Dapat Terbang Selama 3000 Tahun Dan Meskipun Aku Memberikan Kekuatan
Kepadamu Seperti Kekuatan Yang Engkau Miliki, Lalu Kamu Terbang Seperti
Yang Telah Kamu Lakukan, Nescaya Kamu Tidak Akan Sampai Kepada Sepersepuluh
Dari Beberapa Perpuluhan Yang Telah Kuberikan Kepada Umat Muhammad Terhadap
Imbalan Solat Dua Rakaat Yang Me Reka Kerjakan.... ."

Marilah Sama2 Kita Fikirkan Dan Berusaha Lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T Telah Menyembunyikan Enam Perkara Iaitu :

* Allah S.W.T Telah Menyembunyikan Redha-Nya Dalam Taat.
* Allah S.W.T Telah Menyembunyikan Murka-Nya Di Dalam Maksiat.
* Allah S.W.T Telah Menyembunyikan Nama-Nya Yang Maha Agung Di Dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T Telah Menyembunyikan Lailatul Qadar Di Dalam Bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T Telah Menyembunyikan Solat Yang Paling Utama Di Dalam Solat (Yang Lima Waktu).
* Allah S.W.T Telah Menyembunyikan (Tarikh Terjadinya) Hari Kiamat Di Dalam Semua Hari.

Sunday, November 28, 2010

Konon-Konon Awal Kejadian Adam

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah.

Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi

Kata Allah: ” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.”
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.
Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Thursday, November 18, 2010

KETAHUI HAK ANDA BILA DITAHAN POLIS

Agak panjang tapi kamu harus tahu

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :
  • Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
  • Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
  • Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.


2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:
  • menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
  • menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).


3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.


3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
  • Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
  • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
  • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
  • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
  • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
  • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
  • Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
  • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
  • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA


4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
  1. Keluarga atau rakan; dan/atau
  2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:
  • yang anda telah ditangkap;
  • masa, tempat dan alasan ditangkap;
  • Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam
  • Di Balai Polis, atau
  • Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.


5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang
munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak
Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).


6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM


6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
  • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
  • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:
  • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
  • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
  • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
  • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
  • sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
  • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama
dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan
  • Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
  • Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
  • Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda
  • Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesionaldan sopan.
  • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
  • Bantah;
  • Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
  • Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU


8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
  • Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
  • Anda ditangkap.
  • Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.


8.3 Hak anda
  • Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
  • Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.
  • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP


9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika anda
memilih untuk berdiam diri, katakan,

"Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak bolehmengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

Saturday, November 6, 2010

Tha-Djel ialah Dajjal?

"FOR THE LOVE OF THE KING"

Tha-Djel the Girtab,
Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab,
of Akra-Bu,
O master of knowledge,
O Concentrator, in Southwest Bethchon,
Sahaqnab by night,
by the soul of Serpent,
by the blood of Kings,
O Spirit, the Seeing Day Moon of Tha,
and O dead stars,
reborn from smoke of Opopnax,
with iron trinket,
and blue-green-dark-red candle,
and blackthorn tree,
me, us, sons, maidens, we wait,
overwhelm spirits,
reborn Tha by earth stop,
be sole king, be everything.

- SYAIR CELT

Tips to Facebookers

Ramai di antara kita yang beranggapan Facebook seperti laman sosial biasa sahaja namun hakikatnya Facebook di Malaysia sahaja telah menimbulkan banyaj kontroversi kepada negeri dan institusi kekeluargaan. Malah ada yang bergaduh sesama rakan kerana tidak menjaga etika sebenar. Tetapi jika kita tahu apa perkara yang tidak patut dilakukan di Facebook, mungkin kita boleh hidup harmoni di Facebook. Ikuti 9 perkara yang jangan di buat di Facebook di bawah:

1. Jangan menulis di Wall sesiapapun yang boleh menyebabkan orang tu naik angin dengan anda.

•Posting seperti ‘Lama tidaknampak kamu’ atau ‘Selamat Ulang Tahun’ dikira biasa dan takpelah. Namun, posting seperti ‘Hei, semalam aku nampak kau keluar dating tapi tak nampak pun perempuan tu cam awek kau’. Selalu ingat bahawa Wall di Facebook mempunyai telinga..

2. Jangan jadi Facebook Whore.

•Facebook Whore adalah ada mempunyai 1000 teman di Facebook tetapi anda cuma mengenali 10 orang sahaja daripada mereka di kehidupan yang nyata. Nampak anda seorang yang sangat desperate. Lebih desperate lagi jika 60% dari 1000 orang tu adalah awek-awek cun yang anda tak pernah kenal.

3. Jangan kongsikan setiap benda dalam hidup anda.

•Tidak semua orang yang tertarik kepada kehidupan anda. Jika anda mandi dan kemudian beberapa saat berikutnya, anda memotong kuku. Jangan berkongsi setiap hal kecil dalam hidup anda.

4. Jangan tunggu beberapa hari untuk approve friend request kerana anda tidak mahu mereka berfikir bahawa anda surfing Facebook 24 / 7.

•Sebenarnya senang untuk menyemak sama ada anda sedang online atau tidak. Jadi approve sahaja sekurangnya, anda dapat mengurangkan malu anda.

5. Jangan add boss anda di Facebook

•Ini amat penting sekali. Anda mesti tak mahu Boss anda tahu yang anda sedang bermain Mafia Wars atau UNO ketika waktu berkerja bukan? Jika anda add juga, mungkin Boss anda akan buat surprise di Wall anda. Its so scary…

6. Jangan create group Facebook yang bodoh dan biol.

•Sebagai contoh group yang biol, ‘Kita boleh mencegah Global Warming (pemanasan global) jika kita mempunyai ahli lebih 1, 000, 000, 000! Join us! ‘ Ini sangat-sangat bodoh. Sila faham bahawa Facebook tidak boleh menyelamatkan dunia.

7. Jangan tukar relationship status anda setiap hari.

•Bayangkan status anda hari ini single, esok in a relationship, lusa in engagement, tulat married. Kemudian single semula. Apa yang anda cuba sampaikan?!

8. Jangan posting ayat-ayat romantik anda di Wall kekasih anda.

•Ayat seperti ‘I love u 1314 1314 1131412512895′ atau menulis lirik lagu rock zaman dulu kala, hanya kau kekasihku akan menyebabkan orang dan rakan-rakan anda meluat dan terasa nak muntah.

9. Jangan upload gambar baru anda setiap minit.

•Orang tak pernah berminat dengan progress bagaimana rambut anda tumbuh atau style rambut baru anda yang anda cuba dengan gel di dalam bilik anda