Wednesday, October 20, 2010

Rumah Untuk Disewa Di Taman Kampar Perdana,Kampar

Sesiapa yang ingin mencari rumah sewa di kawasan Kampar,sebuah rumah flat 3 bilik 1 bilik air sedia untuk dimasuki segera.

-Berhampiran Tesco dan UTAR (Kawasan East Lake)
-Kawasan dikawal 24 Jam oleh pengawal keselamatan
-Sesuai untuk pasangan baru berkahwin,pelajar-pelajar UTAR,pekerja-pekerja Tesco dan sekitarnya.
-Kelengkapan rumah separuh perabot (3 katil bujang dan tilam,4 meja belajar,kerusi rotan,tikar getah,meja makan)
-Sewa bulanan RM350 termasuk bil penyelenggaraan.
-Penyewa cuma perlu membayar RM350 deposit 1 bulan + RM350 sewa bulan + RM100 deposit bil utiliti

Kepada yang berminat,sila hubungi En Azmeer 013-5941510 atau whitemusk510@yahoo.com untuk melihat rumah segera

Sunday, October 17, 2010

Senarai Pengundi Baru Mendaftar Tahun 2010 Di Semenanjung

Saudara seIslam dan seMelayuku,sedarlah kita dalam bahaya bila melihat betapa aktifnya aktiviti mendaftar pengundi baru di kalangan pembangkang bukan seketurunan kita.

Mereka telah berkeyakinan tinggi PRU 13 ni untuk mentadbir kerajaan persekutuan.Apa tindakan kita pula?Masih ingin bergaduh dan menunjukkan hanya jemaah kita sahaja yg betul dan paling suci disisi Allah?Kenapa kita tak ingin mula bersatu lagi sedangkan sejarah dah jelas menunjukkan kita cuma tinggal KUASA sedangkan kuasa ekonomi sudah lama tidak berpihak kepada kita.

Istilah Tempatan di Lembah Sungai Perak

Ate – maka,oleh sebab itu
Ayo – air
Ayo hangat – air minuman panas
Ayo mati – air panas sudah sejuk
Baroh – bahagian kea rah sungai
Batang/pangke - pengurus atau urus setia kenduri nikah kawin
Berampat – berlari
Bojot/ lenjun – basah kuyup
Bolen – telanjang
Cogok – bersendirian
Coye –ambil perhatian, melihat
Dangau – pondok kecil
Darat – bahagian kea rah bukit
Dema – mereka semua
Deras – cepat
Gamak ake – pada fikirannya
Getik – meluat
Jenuh – puas
Jerang/tenggek – masak air atau nasi
Kayo – buang air kecil
Kelih – melihat
Kelo – ke bahagian hilir sungai
Kerenah – msasalh kecil/nakal
Kobok/koyak – carik terutana pada pakaian
Kome – kamu semua
Kot – perkataan penambahan ayat
Kulu –  ke bahagian hulu sungai
Majun/takmandang – tiada
Meroloh – tidor terutama waktu petang
Mujur/nyampang - nasib baik
Ngobok/tonyak – menamgis kuat-kuat terutama kanak-kanak
Ni yang payah – seruan menunjukan ada masalah
Nyadin – tidak amabil perhatian
Panas gegge – panas terik
Penganan – kuah-kueh berbagai jenis
Pentelon – seluar
Renik/kenik – kecil
Resak - cergas
Sange – tudung saji
Segan – malu
Sekeh – pukul di kepada menggunakan sendi tangan yang dilipatkan
Sekomik – sedikit
Seme –  kami semua
Senayan – hari Isnin
Si’a – mangkuk tingkat
Tebongeh – terdedah, terbuka
Tekolap –  terselioh
Temah – memulihkan semangat kanak
Teman/awak – ganti diri saya/pertama
Tempeleng sepak –  pukul pada pipi
Titik – pukul halus dan perlahan
Udah – sudah
Unte-unte – buat kerja sidikit demi sedikit

Bilakah Aku Mampu Letak Duit Macam Ni Je Yek?

Aku mungkin tak kaya tapi aku ingin gak kaya sampai aku leh mampu letak duit-duit aku camni je atas meja,cuma aku tak berapa percaya dengan semua iklan-iklan peluang perniagaan yang ada dalam internet atau risalah-risalah yang pernah aku dapat selama ini.


Aku masih tak berjaya diyakinkan sepenuhnya bahawa itu adalah peluang yang memang patut aku rebut sebab aku dah banyak kali lihat perniagaan seperti itu hanyalah ingin mengaut modal daripada 'downline' sahaja tapi selepas itu hanya meninggalkan mereka sendirian selepas pelaburan dibuat.

Adakah pendapat aku benar atau aku je yang mensia-siakan peluang untuk menjadi kaya-raya?

Saturday, October 16, 2010

LELAKI ACUAN AL-QURAN



25.09.2009 Jalinan Rasmi Sebuah Pernikahan
 
“Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran”

Friday, October 15, 2010

Kerambit Lipat Untuk Dijual

Kerambit ini tidak bersarung dan boleh dilipat seperti pisau. Amat senang disembunyikan di sebalik tangan.Matanya diperbuat daripada besi spring dan amat tajam.Hulunya pula mempunyai ukiran awan larat penuh. Harganya ialah RM180 termasuk bayaran pos.Jika berminat boleh hubungi saya di talian 013-5941510 atau email whitemusk510@yahoo.com


BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA?

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang baru-baru ini dilancarkan di Ipoh,Perak oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya merasa amat terpanggil untuk kita mengambil kata putus samada ingin kekal menggunakan istilah ‘Bahasa Melayu’ atau mengubah secara terus kepada istilah ‘Bahasa Malaysia’.

Bersesuaian dengan semangat 1 Malaysia yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri,rasanya molek benarlah jika sekarang istilah itu diubah kepada ‘Bahasa Malaysia’ dan kekal tanpa perlu diubah lagi. Ini agar Bahasa Melayu tetap kekal sebagai bahasa yang mengandungi perkataan dan ayat daripada bahasa atau dialek suku-suku kaum Melayu dan Nusantara seperti daripada Jawa, Minang atau Pattani manakala Bahasa Malaysia pula boleh diperkayakan dengan perkataan-perkataan daripada kesemua kaum di Malaysia agar perbendaharaan katanya lebih luas dan dapat menjangkau semua maksud yang ingin diterjemah daripada bahasa-bahasa asing termasuk bahasa Inggeris.

Kepada ‘pejuang bahasa Melayu’ yang mungkin menentang idea ini, cubalah berfikir secara jujur, bukankah kita biasa mendengar perbualan yang turut dicampur dengan beberapa perkataan cina seperti tapau dan bohsia. Kita juga sering menggunakan pelbagai perkataan daripada suku-suku bangsa Melayu dan Bumiputera lain seperti jika ingin menerangkan maksud besar di dalam dialek Jawa,kita menggunakan perkataan abot manakala dalam dialek Minang kita menggunakan pula perkataan gadang. Jadi dimana salahnya jika kita mula menggunakan istilah Bahasa Malaysia dan kita asimilasikan dengan pelbagai perkataan dan frasa daripada kesemua kaum yang ada di Malaysia.

Lagipun,cukuplah kita terus membohongi diri dengan mengatakan kita sayang bahasa kita sedangkan selama ini tiada satu usaha pun yang diperjuangkan secara ikhlas untuk benar-benar memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Sudah berapa ratus perkataan Inggeris telah hingga kini cuma berjaya dimelayukan sahaja tanpa usaha untuk mencari makna sebenarnya agar kita boleh benar-benar berbangga menggunakannya.Siapa boleh menolak hakikat bahawa perkataan-perkataan seperti asimilasi ialah seerti dengan perubahan,program pula seerti dengan makna rancangan. Selama ini kejayaan kita sekadar memperbanyakkan terjemahan bertaraf itu sahaja dan ini sebenarnya merosakkan Bahasa Melayu yang indah.

Ini berbeza jika kita menggunakan istilah ‘Bahasa Malaysia’ kerana bahasa itu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia dan boleh mengalami proses perubahan dan kematangan sesuai dengan kemajuan yang kita capai.Pelbagai perkataan baru boleh ditambah dan digunakan didalam pertuturan dan penulisan berdasarkan situasi semasa dan perkataan-perkataan daripada bahasa asing

Pendapat saya secara peribadi juga kuat menyatakan jika kita mula mengubah kepada istilah Bahasa Malaysia,proses perpaduan juga lebih mudah kerana secara logiknya kaum-kaum lain akan mula merasakan Bahasa Malaysia juga ialah hak mereka dan wajib dipertahankan sebagaimana mereka mempertahankan bahasa ibunda mereka,sebelum ini mungkin mereka secara diam mengatakan Bahasa Melayu ialah milik orang melayu sahaja dan tiada kepentingan mereka untuk menggunakannya atau mempertahankannya. Bahasa Malaysia berupaya meningkatkan tahap patriotisme di kalangan semua rakyat Malaysia kerana itu adalah bahasa perpaduan yang menghubungkan antara rakyat yang berbeza kaum,agama,adat dan latar belakang sosial.

Dengan perubahan semula istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bukanlah bermakna kita melanggar artikel 152 kerana kita tetap menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia cuma Bahasa Melayu yang asal tidak mengalami pertambahan perkataan-perkataan yang dimelayukan daripada bahasa asing atau berlaku cedukan mana-mana istilah tetapi Bahasa Malaysia pula bebas mengikuti proses evolusi zaman dan terbuka dengan pengaruh lain-lain istilah dan corak bahasa  lain-lain kaum.

Bukankah ini lebih adil kepada semua dan selepas ini kerajaan boleh mewajibkan semua rakyat perlu mahir Bahasa Malaysia dan setiap warga asing yang ingin bekerja di sini perlu mengetahui asas-asas Bahasa Malaysia.Sekurang-kurangnya Bahasa Melayu akan kekal indah tanpa diceroboh oleh pelbagai istilah-istilah yang adakalanya menggelikan hati kerana seperti pegawai-pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka cuma mampu memelayukan Bahasa Inggeris sahaja. Akhir sekali, saya ingin memohon maaf jika saya dilihat kurang melayu dengan cadangan ini cuma saya lebih suka jujur dengan senario sebenar dan sebagai seorang pencinta Bahasa Melayu tulen.